Tuesday, 16 October 2012
Tuesday, 9 October 2012
Sunday, 7 October 2012
SENI TARI DATUN JULUD
Tarian Datun Julud popular dalam kalangan masyarakat kayan / Kenyah yang mendiami pendalaman Bulungan, Kutai, Berau, dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Asal usul tarian Datun Julud ialah dipercayai dicipta oleh seorang raja suku Dayak Kenyah di Apo Kayan bernama Nyik Selong sebagai tanda kegembiraan serta rasa syukurnya kepada Maha Dewa kesyukuran atas kelahiran cucunya. Selepas peristiwa tersebut, tarian Datun Julud terus diminati dalam kalangan masyarakat sekitarnya dan terus berkembang ke kawasan daerah lain di Negeri Sarawak.
SENI TARI MAIN PUTERI
Memang tidak ramai yang tahu mengenai Main Puteri atau Ulik Mayang. Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di bandar berbanding mereka yang tinggal di Kampung.Bagi golongan masyarakat yang lebih berumur mungkin mereka pernah mendengar tentang Main Puteri(Main Peteri) dan Ulik Mayang ini. Ia merupakan satu kaedah perubatan Tradisional orang Melayu untuk tujuan perubatan.Tradisi ini telah muncul sejak dahulu terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Kaedah Perubatan tradisional ini mempunyai unsur syirik dan tahyul kerana terdapat bacaan jampi mantera oleh Tok Puteri, orang yang bertanggungjawab mengepalai Main Puteri.
Kebiasaannya di kampung-kampung, berita tentang main puteri tidak begitu tersebar, hanya dari mulut ke mulut. Suasana di tapak main puteri meriah dengan kehadiran ramai orang yang teruja untuk menyaksikan sesuatu yang jarang berlaku ini. Di atas khemah main puteri digantung sesuatu barang yang mungkin berkait dengan ritual ini. Di suatu sudut juga, terlihat seorang pesakit terbaring dan lesu. Kedut wajahnya seperti sudah lama terlantar sakit. Seorang lelaki berdiri dan mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu yang tidak begitu difahami diiringi dengan tiupan seruling dan paluan gendang, rebana dan Gong.
Tok Puteri mula menari mengikut rentak. Setiap gerak geri tarian ini nampak tidak teratur namun mempunyai kaitan dengan rentak muzik yang dimainkan. Tarian ini seperti memanggil roh untuk meresap ke dalam badan pesakit. Namun tidak ada respon dari pesakit, Tok Peteri berhenti menari dan muzik pun berhenti seketika. Kali kedua Tok Peteri menari lebih rancak, lenggoknya berbeza dari yang tadi. Terasa meremang bulu roma melihat tarian kedua ini. Kali ini pesakit menunjukkan reaksinya. Agak pelik kerana orang tua yang uzur berbaring tadi mula melenggok-lenggokkan badan mengikut alunan rentak muzik. Ke Kiri dan kanan. Selepas itu, pesakit itu tunduk memilih makanan yang disediakan di situ, dipilihnya ayam panggang bukan pulut kuning.Setelah ritual berakhir keluarga pesakit membawa pesakit pulang. Keadaannya lebih baik daripada sebelumnya.
SENI TARI NAGA
Tarian naga (Cina Tradisional: 舞龍, Cina Ringkas: 舞龙, pinyin: wǔ lóng) ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" (Cina Tradisional: 龍的傳人, Cina Ringkas: 龙的传人, pinyin: lóng de chuán rén) sebagai lambang identiti etnik.
Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" — iaitu imej naga Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.
SENI TARI LILIN
Tarian Lilin pada asasnya merupakan sebuah tarian yang dipersembahkan oleh sekumpulan penari dengan diiringi sekumpulan pemuzik. Para penari ini akan membawa lilin yang dinyalakan pada piring yang dipegang pada setiap belah tangan mereka. Penari ini akan menarikan tarian secara berkumpulan dengan memusingkan piring yang mempunyai lilin yang menyala secara berhati-hati agar piring tersebut sentiasa mendatar, dan lilin tidak terpadam.
Asal usul Tarian Lilin dipercayai berasal dari Sumatera. Kononnya seorang gadis telah ditinggalkan oleh tunang yang pergi berdagang mencari harta. Semasa peninggalan tunangnya itu gadis telah kehilangan cincin pertunangan. Gadis tersebut mencari-cari cincin hingga larut malam dengan menggunakan lilin yang diletakkan pada piring. Gerakan badan yang meliuk, membongkok, mengadah (berdoa) melahirkan keindahan sehingga peristiwa ini telah melahirkan Tarian Lilin di kalangan gadis-gadis kampung itu.
Tarian lilin merupakan sejenis kesenian Istana dan ditarikan pada waktu malam bagi menimbulkan nyalaan lilin tersebut. Ini kerana tarian lilin memerlukan penarinya giat berlatih agar dapat mengawal pergerakan dengan lilin yang menyala tanpa kemalangan.
SENI TARI TARIAN SABAH
Suku kaum Suluk juga amat terkenal dengan tarian Daling-Dalingnya yang diiringi oleh pukulan "gabbang" dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakkan kaki yang khusus penari-penarinya memperlihatkan keunikan tarian ini.
Pada masa yang akan datang ruangan ini
juga akan memperkenalkan beberapa lagi tarian tradisional yang telah
menjadi identiti kepada beberapa suku kaum yang terdapat di Sabah.
Tarian Mangunatip ( Murut)
Selain itu, orang-orang Murut juga terkenal dengan tarian Lansaran serta Mangunatip yang penuh tenaga. Di kebanyakkan upacara keramaian, tarian-tarian ini lazim ditarikan kerana muziknya rancak serta bersimbolik. Semasa pesta menuai diadakan, penari-penari kaum Murut ini akan membuat persembahan di bandar-bandar sehingga menjadi suatu daya tarikan kepada para pelancong dalam dan luar negara. Walaupun terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini telah diubah namun makna serta gaya tariannya masih tidak terjejas. Tarian Mangunatip misalnya mempamerkan unsur kegagahan yang ada dalam kaum Murut serta bertujuan untuk memujuk roh-roh nenek moyang mereka agar dapat menjaga mereka. Penari-penari tarian ini menyelitkan gugusan padi yang sudah dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka.
Wednesday, 3 October 2012
SENI TARI SEWANG
Merupakan tarian tradisi Orang Asli yang ditarikan oleh 18 orang penari lelaki dan perempuan atau lebih yang akan diketuai oleh seorang lelaki yang berusia yang bertindak sebagai penyanyi utama.
Penari yang lain akan mengulangi baris nyanyian penyanyi utama dan bergerak sambil menghentakkan kaki ke lantai. Semasa menari, mereka akan diiringi alat muzik tradisional yang dinamakan Buluh Cetong yang dihentak di atas kayu beluti oleh lima wanita di belakang.
SENI TARI BUNGA
Tarian ini adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan dunia. Seperti tarian-tarian Cina yang lain, tarian ini dipersembahkan oleh wanita-wanita Cina dengan lemah lembut. Pergerakan tarian ini menggambarkan wanita cantik bergerak dengan aman, kasih sayang dan harmoni. Tarian ini mencerminkan jiwa yang penyayang dan bersemangat.
Ia juga sebagai bukti secara simboliknya menyatakan penyerahan bunga kepada rakyat yang dalam kegembiraan. Terdapat juga unsur yang mengharapkan keamanan untuk seluruh dunia.
TARIAN PAYUNG
Tarian Payung merupakan tarian rakyat yang sangat popular semasa Dinasti Han di Negeri China. Tarian ini berasal dari sebuah daerah di Negeri China yang terkenal dalam membuat payung. Seperti di Negeri China, Tarian Payung ini mempunyai unsur-unsur tempatan di dalamnya.
Keindahan tarian ini di Malaysia adalah menyerupai tarian asal di Negeri China.
SENI TARI KONCONG
Tarian Koncong terdapat di Sarawak, ditarikan dengan tujuan mengubat si sakit dan kedua untuk menghibur si malang.
Tarian ini ditarikan oleh tiga orang penari wanita dengan iringan nyanyian seorang atau dua orang lelaki.
Mereka menari dalam bulatan dan di sebelah tangan kanannya memegang sapu tangan dalam gerakan seolah-olah
menyerupai burung terbang.
SENI TARI NGAJAT
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Bagi penari lelaki atau digelar 'keling', Mereka akan memakai pakaian
tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung dan juga memakai topi
yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang
tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit
beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Manakala bagi penari
wanita atau digelar sebagai 'kumang' pula, mereka memakai pakaian
tradisi.
SENI TARI ANDING
Tarian Anding sebenarnya berasal daripada sejenis tarian asli orang Brunei tetapi kemudiannya.
telah menjadi tarian tradisi yang popular di kalangan suku Kadayan Sipitang, Sabah. Sambil menari,
nyanyian turut disulamkan dalam persembahan.Alat muzik tradisi yang mengiringi tarian ini adalah biola,
rebana, tangkong dan kuritik.
SENI TARI SUMAUZAU
Tarian Sumazau
merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang terkenal Malaysia.
Tarian sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian
ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan
untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan
menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat dan mengubati
penyakit.
Gerak dan irama tarian sumazau adalah perlahan-lahan
dam lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap
hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil,
sementara tumit diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika
menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung
terbang. Biasanya tarian sumazau ditarikan semasa menyambut hari
keramaian dan di majlis jamuan.
SENI TARI SERIMPI
Tarian Serimpi adalah suatu jenis tarian yang diperagakan 4 putri ini masing-masing mendapat sebutan : air, api, angin dan bumi/tanah, yang selain melambangkan terjadinya manusia juga melambangkan empat penjuru mata angin. Sedang nama peranannya Batak, Gulu, Dhada dan Buncit. Komposisinya segi empat yang melambangkan tiang Pendopo.
Suatu jenis tari klasik Keraton yang selalu ditarikan oleh 4 penari, karena kata srimpi adalah sinonim bilangan 4. Menurut Dr. Priyono
nama serimpi dikaitkan ke akar kata “impi” atau mimpi. Menyaksikan
tarian lemah gemulai sepanjang ¾ hingga 1 jam itu sepertinya orang
dibawa ke alam lain, alam mimpi.
Konon, kemunculan tari Serimpi berawal dari masa kejayaan Kerajaan
Mataram saat Sultan Agung memerintah antara 1613-1646. Tarian ini
dianggap sakral karena hanya dipentaskan dalam lingkungan keraton untuk
ritual kenegaraan sampai peringatan naik takhta sultan.
SENI TARI JOGET
Di Terengganu, perkembangan Joget Gamelan bermula dari zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III iaitu semasa temasya perkahwinan baginda dengan Tengku Long ( puteri sulung Sultan Ahmad Pahang ) pada 4 November 1885. Persembahan Joget Gamelan diadakan untuk menyerikan lagi majlis tersebut. Setelah menyaksikan persembahan itu, baginda sendiri telah menunjukkan minat yang besar terhadap kesenian ini. Seterusnya untuk keperluan beberapa acara di negeri Terengganu dalam tahun-tahun berikutnya baginda telah meminjam dari Lingga satu set alat-alat gamelan bersama pemain-pemainnya kecuali penari-penari. Baginda tidak meminjam alat gamelan dari Pahang disebabkan perhubungan baginda dengan Kesultanan Pahang telah renggang dengan terputusnya jodoh baginda dengan Tengku Long pada tahun 1892. Peristiwa yang lain di mana persembahan Joget Gamelan di istana Terengganu ialah pada tahun 1893 apabila baginda mengahwinkan puterinya Tengku Jebah dengan putera saudaranya Tengku Kecil Besar Riau. Temasya perkahwinan ini berlangsung selama 40 hari 40 malam. Hubungan yang erat di antara Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Riau bukan hanya setakat hubungan perkahwinan dan kekeluargaan diraja tetapi dapat dilihat daripada sudut tradisi nobat di Terengganu.Menurut Haji Mohd Salleh bin Haji Awang dalam bukunya yang berjudul ‘ Terengganu Dari Bentuk Sejarah ‘ mengatakan nobat Terengganu berasal dari Riau dan dibawa masuk ke Terengganu dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III sultan Terengganu Ke-12 memerintah Terengganu 1918 - 1920T.M.
Tuesday, 2 October 2012
SENI TARI KUDA KEPANG
Kuda kepang merupakan satu seni tradisional yang semakin ditelan zaman. Kuda kepang dikenali dengan pelbagai nama seperti jaran kepang, kuda lumping, jathilan dan ebeg. Menurut orang Jawa memberikan makna bagi 'jaran' ialah kuda manakala 'kepang' merujuk kepada anyaman. Bagi masyarakat jawa panggilan bagi kuda kepang yang popular ialah jaran kepang kerana pertunjukan yang dipersembahkan ialah menggunakan anyaman kuda.
ni adalah bagi tujuan persembahan diperingkat tinggi.
Mengikut seperti yang dikatakan oleh Soedarsono (1983), kuda kepang mula berkembang sebelum berlakunya perkembangan Islam iaitu pada abad ke XV. Persembahan kuda kepang ini dimainkan dalam upacara pemujaan. Dipercayai, kuda kepang dimainkan adalah bertujuan orang yang masih hidup untuk menjalinkan hubungan dengan roh orang telah mati. Selain itu, mereka percaya kuda kepang dimainkan bertujuan untuk membersihkan desa daripada gangguan roh-roh jahat, penyakit dan malapetaka.
Kuda kepang adalah merupakan sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal daripada Jawa. Telah berlakunya penyebaran kesenian ini meluas serata wilayah di Nusantara. Penyebarannya diteruskan lagi setelah dibawa masuk oleh masyarakat Jawa yang berhijrah .
TARIAN DABUS
Tarian Dabus merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali.
Tarian ini dipercayai mula dimainkan di negeri Perak sejak 300 tahun yang lalu. Ada beberapa pendapat yang mempertikaikan kemasukkan senitari dabus ke bumi Perak. Satu pendapat mengatakan dabus dipercayai dibawa masuk terus ke Perak oleh Ahmad Mahyuddin yang berasal dari Parsi (Baghdad) sekitar tahun 1785. Beliau merupakan anak murid kepada tuan guru Muhammad Abil Hassan al-Rifai. Tarian ini mula berkembang di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Lumut, dan juga di Sungai Nipah Baroh serta Sungai Balai Baroh, Teluk Intan, Perak.
Pendapat kedua mengatakan permainan dabus telah di bawa ke Indonesia melalui Pasai di Aceh sebelum dikembangkan ke Pasir Panjang, Perak oleh Nakhoda Lembang yang berguru daripada saudagar Fakir Muhammad dari India, yang juga anak murid kepada tuan guruMuhammad Abil Hassan al-Rifai. Dan satu lagi pendapat mengatakan Ahmad Mahyuddin yang berguru dengan Muhammad Abil Hassan al-Rifai telah bertemu dengan Nakhoda Lembang dari Batu Bara, Aceh yang berguru dengan Fakir Muhammad dari India pada tahun 1785, telah bersama-sama memperkembangkan kesenia dabus ke Perak di Pasir Panjang seawal tahun 1700.
Sunday, 30 September 2012
BHRATHA NATYAM
3. Tarian Bharata Natyam
Tarian Bharata Natyam merupakan tarian tradisional kaum India. Tarian tradisi ini memerlukan latihan bertahun-tahun untuk menguasainya. Terdapat enam peringkat persembahan ini iaitu Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di Selatan India.
TARIAN SINGA
Tarian Singa merupakan sejenis tarian tradisional kaum Cina.Tarian ini biasanya ditarikan semasa perayaan-perayaan kebesaran masyarakat Cina seperti Tahun Baru Cina. Kaum Cina mempercayai bahawa tarian ini boleh membawa tuah. Ditari oleh 2 orang dan diiringi oleh alat muzik seperti gendang, gong & dentuman bunga api. Banyak menggunakan warna-warna yang dikatakan bertuah seperti warna merah, jingga & kuning.
TARIAN ZAPIN
Tarian yang terkenal di negeri Johor ini dikatakan telah dibawa masuk dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Zapin telah dijadikan tarian hiburan di istana. Pada masa itu, negeri Johor telah menggantikan peranan Melaka sebagai pelabuhan entreport pada abad ke-16. Tarian ini mementingkan pergerakan berkumpulan. Antara alat muzik yang mengiringi tarian zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas.
Wednesday, 26 September 2012
pengenalan
Negara kita kaya dengan pelbagai warisan sejarah.Warisan sejarah telah dipelihara dan dipulihara untuk generasi akan datang.
Warisan kesenian pula diwarisi daripada masyarakat yang pelbagai kaum.Kini,usaha giat dilakukan untuk mengekalkan dan memperkenalkan warisan kesenian negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)


