Pada fikiran orang Cina, naga
adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang
tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah
jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka
merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang
dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku,
mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat
dari syurga.
Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" — iaitu imej naga Cina
— dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas,
dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang
dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan
asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang
dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan
beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya
melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.
No comments:
Post a Comment