Suku kaum Suluk juga amat terkenal dengan tarian Daling-Dalingnya
yang diiringi oleh pukulan "gabbang" dan gesekan biola dan nyanyian,
kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di
sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta
pergerakkan kaki yang khusus penari-penarinya memperlihatkan
keunikan tarian ini.
Pada masa yang akan datang ruangan ini
juga akan memperkenalkan beberapa lagi tarian tradisional yang telah
menjadi identiti kepada beberapa suku kaum yang terdapat di Sabah.
Tarian Mangunatip
( Murut)
Selain itu, orang-orang Murut juga terkenal dengan tarian Lansaran
serta Mangunatip yang penuh tenaga. Di kebanyakkan upacara
keramaian, tarian-tarian ini lazim ditarikan kerana muziknya rancak
serta bersimbolik. Semasa pesta menuai diadakan, penari-penari kaum
Murut ini akan membuat persembahan di bandar-bandar sehingga menjadi
suatu daya tarikan kepada para pelancong dalam dan luar negara.
Walaupun terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini telah diubah
namun makna serta gaya tariannya masih tidak terjejas. Tarian
Mangunatip misalnya mempamerkan unsur kegagahan yang ada dalam kaum
Murut serta bertujuan untuk memujuk roh-roh nenek moyang mereka agar
dapat menjaga mereka. Penari-penari tarian ini menyelitkan gugusan
padi yang sudah dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka.
No comments:
Post a Comment