Tarian Datun Julud popular dalam kalangan masyarakat kayan / Kenyah
yang mendiami pendalaman Bulungan, Kutai, Berau, dan Pasir iaitu kawasan
persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Asal usul tarian
Datun Julud ialah dipercayai dicipta oleh seorang raja suku Dayak Kenyah
di Apo Kayan bernama Nyik Selong sebagai tanda kegembiraan serta rasa
syukurnya kepada Maha Dewa kesyukuran atas kelahiran cucunya. Selepas
peristiwa tersebut, tarian Datun Julud terus diminati dalam kalangan
masyarakat sekitarnya dan terus berkembang ke kawasan daerah lain di
Negeri Sarawak.
No comments:
Post a Comment