Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau
baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu
burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang
diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas
dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak
yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di
tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan
dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Bagi penari lelaki atau digelar 'keling', Mereka akan memakai pakaian
tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung dan juga memakai topi
yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang
tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit
beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Manakala bagi penari
wanita atau digelar sebagai 'kumang' pula, mereka memakai pakaian
tradisi.
No comments:
Post a Comment